Resepi Sagu Gula Melaka

9:00 AM ida ahmad 2 Comments


Bahan-bahan :
1. Sagu ( selalu beli dalam RM1.50 )
2. Gula Melaka
3. Daun Pandan
4. Susu Cair
5. Pewarna ( ikut suka nk color apa )

Cara-caranya :
Sagu
1. Basuh sagu dahulu sehingga bersih.
2. Rendam sagu yang telah dibersihkan tadi dengan pewarna pilihan lebih kurang 15
minit.
3. Masak 5 cawan air sehingga mendidih dan masukkan sagu yang telah di rendam tadi.
4. Kacau sagu sehingga biji-biji menjadi kembang dan bertukar menjadi warna jernih.
5. Tutup api.
6. Kemudian, tuangkan sagu yang telah di masak tadi ke dalam penapis dan lalukan dgn air sejuk.
7. Kacau sagu tersebut dengan air sejuk agar kanji2 keluar dari penapis...baru sagu tak liat.
8. Akhir sekali, tos dan tuangkan sagu tersebut dalam bekas@acuan...kalu nk cantik masukkan dalam acuan kecil2..kalau dah tak dak guna bekas besar pun boleh

Gula Melaka
1. Masak 2 cawan air sehingga mendidih bersama dengan sehelai daun pandan.
2. Kemudian masukkan gula melaka.
3. Setelah sebati tutup api dan siap.

Sagu nih kalu nak sedap, sebelum makan masukkan dalam fridge dulu bagi sejuk...
Bila nk makan sendukkan dalam mangkuk, kemudian tuangkan gula melaka sikit dan susu cair tin...
dah boleh makan..ummphhh sedap...:)

Resepi ni di copy dr sini. Belum buat lagi. Hehe.. ada perancangan nak buat, sebab tu copy siap2. Keluar ja, tak cari bahan2. Suami dah demand dari before puasa lagi. Daun pandan tak adalah, bang. Tanam tak menjadi. ahaha!! Arini, berbuka puasa rumah abang sulungku. Ada pokok pandan kat sana, bolehleh minta sikit.

2 comments:

Yantie said...

sllurpp..gambaq mana?? tampai resipi ja...hehe

ida khairani said...

Surprise.. Cubalah baru tahu rupa dia.. Ahaha!! Nanti aku teringat, aku snap gambar. Ada lagi..Terbuat banyak.