Resepi puding jagung

11:46 AM ida ahmad 2 Comments

Dah lama nak buat. Rupanya senang saja. Kalau tahu,dari duluku buat. Pada yang suka beli puding jagung di pasar ramadhan, jom cuba. Sangat mudah

Bahan-bahan:
1 cawan Tepung castard
1 cawan Jagung manis dalam tin
3/4 cawan Gula
3 cawan Air
1 1/2 cawan Susu cair

Cara-cara
1. Campur semua bahan dalam periuk.
2. Kacau di atas api perlahan sehingga pekat. Kalau tak pekat, kacau sekali sekala. Dah pekat, tutup api.
3.Tuang dalam acuan dan dibiarkan sejuk. Siap.

Senangkan. Cubalah petang ni.

2 comments:

arleen said...

waaa... feberet ni! senang upenye nak buat ek. harus dicoba.. hehehe.. thx btw.. :D

ida khairani said...

senang gila kan.. mmg terbaek laa..