Cuti sekolah dan Nazhan tak berdyper di malam hari

1:04 PM ida ahmad 0 Comments

Semalam 1st day Nazhan tak pakai dyper di malam hari. Alhamdullillah, kering lagi cadar pagi ni. Sejak dyper free di siang hari ni, bila pagi aku tengok, kering ja dyper dia. Kalau keluar yg sekejap-sekejap pun, dia tak kencing dalam dyper. For the sake untuk tak nyusahkan aku, aku pakaikan juga dyper. Semalam adalah kemenangan pertama. Selain tu, dia pun dah sudi untuk berak dalam potty. Bagus2x. Walaupun, agak lama. Yang bestnya, aku tak perlu menunggunya untuk mengeluarkan khazanah itu. Bila settle aja, dia cakap.."Ibu dah".. Hoh Yeah..

My Dyper Free Award

Sekarang dah start cuti sekolah. Petang karang, family mertua aku akan datang.. Huh..sangat suspend. Berlungguk kerja rumah aku nak kena settle.. Stress sikit. Paling aku gerun part masak memasak untuk orang ni. Aku memang fail.. Petang ni kena buat list menu sepanjang 3 hari diorang ada di sini. Kalau tak tunggang langgang aku nak pikir, apa nak makan. Boleh tak biar mak mertua yang masakkan? Huahuahua!!!

Esok, kami plan nak naik sky bridge klcc tu. Best ka ha? Buat-buat best jugalah.. Ok, anak dara aku dah bangun.. Ngada tau..tidur 5 minit..jaga..

0 comments: