Potty train for boy

10:31 AM ida ahmad 2 Comments

Ini masuk minggu kedua Nazhan tak pakai dyper. Kami start masa ada di Terengganu. Supaya kalau Nazhan terkencing dalam seluar, ibu tak payah mop. Huahaua:)). Namun, walaupun kami berada di sana selama 2 minggu, ibu mula pada minggu kedua sebab kekurangan persediaan dan sumber. Masuk minggu kedua, baru cari potty dan underwear.

Day 1:
Kami start malam masa beli perkakas semua sebab Nazhan dah excited nak pakai brief McQueen dari Cars. Belum sampai sejam, dia dah kencing di balik langsir.  Maknanya kami kena tanya dia setiap 45 minit macam tu. Tidur pakai dyper lagi.


Esoknya baru official hari pertamalahkan. 3 kali gagal, 2 kali berjaya. 2 kali yang berjaya tu, dia bogel. Sebab kalau dia rasa ada seluar tu, main bantai ja kencing.


Day 2:
Ibu train kencing dlm potty tp tak keluar. Last2 terkencing dalam seluar. 2nd time pun terkencing lagi. Ibu time ni dah naik marah sebab dah tanya tapi Nazhan asyik cakap no-no dan lari. Last2 dia kencing atas tilam. Selamat tilam hotel. Lepas tu, dua kali berjaya kencing di potty. Potty letak dekat dalam bilik air. Sebelum ni, letak depan tv or dekat langsir tempat selalu dia suka membuang tapi tak berjaya. Lepas ubah ke bilik air, berjaya!


Day 3:
Dah masuk hari ketiga, ibu baru baca banyak sikit pasal dyper free ni. Barulah rasa cool down dan bersalah sebab naik angin dekat Nazhan semalam. Huhu..Nanti ibu tulis kat sini dalam entry lain hasil pembacaan tu. Hasilnya berjaya kencing di potty untuk 3 kali. No accident. Pada peringkat ni, ibu yang tanya setiap jam or dekat2 sejam. Waktu keluar jalan-jalan dan tidur masih lagi pakai dyper.


Day 4:
Kami bergerak pulang dari Terengganu ke Klang. Jadi memang pakai dyper sepanjang perjalanan.


Day 5:
2x accident. 1st time, masa ibu sibuk vacuum rumah sebelum mengemop. Jadi mop ja la. 2nd time, dia ada bagitau nak kencing dan dia kencing dalam potty. Bila rasa underwear dia ada basah sikit. Ada juga la yang terkeluar awal. Selebihnya success!! Masa keluar rumah pun, masa nak terkencing dia macam gabra, tapi baru perasan ada dyper, so lepas aja..

Day 6:
All success.. Ibu dah buat board untuk sticker.. Penuh dengan awesomeness ja. Alhamdulillah. Pada peringkat ini, Nazhan yang bagitahu yang dia nak kencing. Selalunya dia akan pegang bird dan cari kami.
 

Day 7:
All success!!!. Awesome tak? I', so impress and proud of you, Nazhan.

Day 8:
Aku register Nazhan dekat taska di area taman ni. Di sana pun Nazhan berjaya dyper free dan tak kisah dibawa ke tandas oleh teacher dia. Syukur2x.

Lepas ni, nak kena study macam mana nak train waktu malam dan waktu keluar.


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Nurull 101 said...

wah..beznya.. dah diaper free waktu siang. Nazhan umur bape dah? k.huda suka sgt board tu. very2 motivated. leh apply kt Dania nnti2 ni.

ida khairani said...

Dania punya board nanti mesti lg best, mak dia kreative in design. Hehe..

Nazhan dah big boy. ahaha..3thn 5 bln. Start lambat sebab mak dia malas. haha:))