Iris sudah 13bulan dan Nazhan sudah 3thn 2bulan

7:53 AM ida ahmad 4 Comments

Lamanya tak update perihal anak2. Ibu ibu.. busy la konon..wek:p. Ni entry cerita lastweek,baru nk publish. Macbook buat hal. Ingat nk upload gambar tp tragedi plk..next entrylah gambar saja..huahuahua:))

All right. Last week 26hb, Iris sudah genap 13bulan dan Nazhan 3 thn 2 bulan. Walaupun IRIS masih montok, tp sudah susut sedikit. Ibu baru bawak p cucuk MMR semalam. Saja delay sebulan sebab nak kaji la konon. Ibu ada terjumpa yang MMR shot ni ada merkuri yang boleh menjadi punca speech delay. Lepas consult pakar, dia kata pendapat tu dah disangkal, so ok ibu proceed with MMRV. Ada V sebab combine dengan rubela and chiken chop eh ciken pox.

Iris still cruising happily. Selamat tak ada tangga rumah ini. Sudah pandai turun katil. Cuma katil yang dia familiar ja dia nak berani. Alhamdulillah tahap alertness dia bagus. Kalau ajar sebut, apa2 dia nak follow. Syukur sangat. Baru ja ajar dia sahut and angkat tangan bila panggil nama dia.. oh so cute..

Appetite dia menurun sejak setahun ni. Apalah ibu ni.. masak pun tak rety, anak dah dua. Penat2 riuh rendah di dapur, sekali tak layan pun masakan ibu. Main ja lebih..

Ok, kisah abang NAZHAN pula. Sejak last week ibu tunggang langgang bawak budak berdua ni ke Subang Medical Center. Ibu nak masukkan Nazhan ke speech therapy selepas usaha nak masukkan dia ke kelas2 anjuran ngo ni tak berjaya. Macam full ja semua or tak angkat call. So nak p terapi pun kena p jumpa paed dulu baru leh dapat GL untuk p terapi. P sorang paed, dia soh bawak ke paed lain.

So, dah 2-3 kali ibu p SMC dalam masa beberapa hari. Dah dpt parking space khas..ahahah..tak ada lah.. malas nak pusing2 cari parking, so kami parking level b4 yg kosong banyak. KAMI refering to ibu, Nazhan dan Iris sahaja ya. Ok, hasil penilaian paed, Dr Sofiah, dia kata Nazhan tak sakit. Kena banyak stimulation lagi. Much2 better compare dengan  patient dia yang lain. Dia nampak Nazhan very potential.

So EIP, yg di Kelana Jaya pun dah full tapi dia kata call ja. Kalau ada kosong nanti leh masuk. Speech terapi pun buat jgk. Kat rumah main fizikal games, like jet-jet semut or tom tom bak.. yang banyak sentuhan. Sentuhan ni maybe boleh connectkan balik sel-sel otak yang tak connect tu.(ni ayat ibu memandai tp ideanya disitulah). Main game yg ada organization like turn taking and he need to follow that. (dah try dah di rumah, all right ja dia mengikut arahan.)

Dia juga soh enroll Nazhan dalam montersori school or smart reader. Ibu kata la ibu ada hantar ke tadika tahfiz tp tak ok. Dia respond "tu la masalah org melayu" org melayu tu not refering to me, but the school ok.. Korang wondering tak maksudnya. Pandai2 la fikir.. Buat sakit hati ja nak explain di sini. Ibu tambah la yang tahun lepas ada hantar, ok ja Nazhan kat sana tp khalifah method school la. Dia kata khalifah method ok, islamic montesori ok. OH, pilihan yang ada mahal2 belaka. Perlu menjual Shaklee dengan lebih gigih ni utk menyekolahkan anak. B-)

Oh, doakan ibu terus gigih ok.. caiyo2x!! termasuklah dalam menyediakan menu yg lazat2 supaya anak makan sampai menjilat jari.

4 comments:

Ms J said...

Akupun nk tuka tadika aqil..ye sek yg bagus mmg ongkos nyer byk.. Tp sgt xptt tadika2 yg biasa2 pdg remeh pendidikan awal knk2 kn.. Mcm xikhlasss

ida khairani said...

Yg tadika nazhan tu dia mmg ngajar cuma tak sesuai dgn jiwa dia. dia ni suka learn tru play kalau tak dia boring la. ayat doc mcm tu refering tu, diorang nak mudah aja..

Nurull 101 said...

kenapa ida nk bwk nazhan ke speech therapy? die tak bercakap ke camne? nak tau gak. sbb leh diagnose utk ank sendiri

ida khairani said...

hmm..nazhan speech delay. masa dia 2 thn tu, budak age dia mcm boleh sebut around berapa words ek..20-100 kot, nazhan time tu baru sebut abah ja. so start 2thn lebih, ida p speech therapy tp on off on off la. skrg ni age dia dah 3thn 10 bulan, still ada age gap. kebanyakkannya ayat dia yg diajar atau dia pick up dr cartoon. yg naturally pick up dr everyday conversation kurang.