Jalan2 @ I-City Shah Alam

12:58 PM ida ahmad 1 Comments

I-city Shah Alam ni adalah tempat yg sangat menarik di waktu malam. Pokok-pokok asli dan tiruan dihiasi dengan lampu2 diod yg energy saving katanya. Replika2 binatang yg berkelip kelap juga ada. Kalau yang tak mampu berjalan jauh, sila bawa sendiri kerusi roda atau tumpang stroller budak. Hehe..




















I-city ni terletak di seksyen 7, Shah Alam. Bayaran nak masuk, RM10 satu kereta. Kupon parking kereta tu boleh redeem untuk masuk 2 parks, rumah salji atau makan2. Pilih salah satu ja. 2 parks tu Safari dan apa tah. Ada binatang2 yg dihiasi dgn lampu, boleh ja nak tengok dari luar, cuma nak ambil gambar close up kena masuk. RM2 ka RM2.50 mcm tu. So kalau tiket kereta RM10 tu, bolehlah 4 orang masuk.

Kalau xnak masuk, boleh dpt diskaun RM10 untuk makan di restoran dlm i-city tu. Boleh juga digunakan untuk masuk snow house yg tiketnya RM25, jadi RM15 seorang. Ni info yg aku ceduk dari kata-kata org yg jaga entry safari park.


Selain tu, di seksyen 7 Shah Alam juga ada Jekel, Butik Ariani(kalau xsalah), kedai makan Ani Sup Utara dan plaza perabot. Itu ja yg saya ingat, banyak lagi sebenarnya termasuklah Petronas yg ada A&W, jadi boleh solat disana. Bawa telekung sendiri ya sebab hari tu jam sebab telekung xcukup.

Sekian, laporan hari ini. Jangan tak pi pula. Penat aku story mory..


- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comments:

rubaizah said...

jauh la... rasa malas lak nak ber jem2 keta ke sana.... hubby aku sah2 x mau pi punya.. dia x suka jem2 nih...