Hari pertama Nazhan

9:36 AM ida ahmad 1 Comments

Nazhan dh selamat ke sekolah. Baru sejam yg lepas. Ramai sungguh orang yg hantar anak ke situ. Sekolah tu ambil budak usia 4-6 tahun. Semua dlm kelas2 berbeza-beza ikut umur. Kelas 4 tahun pun ada 2 kelas.

Sekolah Tahfiz Al-Fadhail ni guna 6 rumah teres. Mcm satu blog bangunan dah. Masa hantar tadi, suasana macam hantar anak darjah 1 ja. Sebelum ni di Penang, hantar pun half year dah. So xrasa apa2. Cikgu pun soh balik terus.

Di sekolah tadi, lepas ramai student masuk, pintu ditutup, tingkap tinted dan berhawa dingin. Sempat la ibu jenguk2 bila anak budak yg lambat masuk. Nampak Nazhan well-behave. Syukur Alhamdulillah. Moga2 dia berjaya dan dapat menimba ilmu sebanyak mungkin.




Nazhan yg pakai t-shirt purple tu sebab uniform saiz S dah habis. Lusa baru dapat, insyaAllah. Yg cun ni bukan cikgu dia tp nama cikgu ni cikgu Ain (tlg promote tp x tau available ka tak ya)

Ibu plk ada list of tasks yg panjang nak kena settle. Minta2 adik banyak tidur di rumah dan behave bila kena ikut ibu keluar. Hehe.. Bolehlah ibu bekerja keras. Di tahun baru ni, i'm declaring myself as Working At Home Mom. Sebelum ni kadang2 ja guna istilah tu sebab income ciput sangat. Mcm xada income pun ya.

Sekarang azam baru dan target pun ada jadi kenalah capai. Doa saya semoga saya mampu contribute something pada keluarga dan society. Amin..


- Posted using BlogPress

1 comments:

nur said...

go ida go.nti kasi tips jadi WAHM yer