Checklist of nursing essential

2:59 PM ida ahmad 0 Comments

A Nursing Bra - Choose practical, easily accesible ones that give your breasts plenty of support. Macam mana rupa nursing bra ni? Selalunya tak ada wire dan boleh buka di bahagian hadapan. Boleh dibeli dari kedai barangan baby atau kedai online such as littlewhiz. Nursing bra ada pelbagai jenama contohnya Fabulous Mom. Jenama2 biasa di supermarket tu tak ada rasanya.

Breast Pad - To absorb excess milk between feeds so that your clothes are free of stains.
Pilihan saya adalah jenama Pigeon. Pernah pakai yg washable tapi kadang2 tak mampu tampung susu yang terlebih dan position suka lari. Pigeon ni selalu jual twin pack jadi harga jadi murah. Kenapa nak pakai? Sebabnya, susu badan akan terhasil dengan sendirinya. Apabila susu sudah penuh tetapi bayi tidak menyusu, susu akan terkeluar dengan sendiri dan membasahi bra seterusnya baju. Jadi, kalau nak spare baju pun boleh ketika keluar.

Breast Pump - An electronic breast pump won't just get the job done quicker, it'll relieve you of the tiring task of hand-expressing your milk.
Contoh jenama di pasaran Madela dan Avent. Ada pelbagai jenis juga, 1 atau 2 belah serentak, manual or batery/electric operated. Saya punya jenama Avent. So far so good. Guna hanya bila perlu sahaja sebab saya kerja dari rumah jadi boleh menyusu bayi directly. Banyak guna sewaktu berpantang sebab susu banyak dan kadang2 tak cukup masa nak menyusu. Kena bertungkulah segala. Jadi kalau ada susu spare, bidan atau mak boleh tolong susukan. Bayi pula, baru lepas mandi dah nangis lapar. Jadi sebelum dia mandi, saya kena sediakan susu. Sementara pakaikan baju tu, somebody kena pegang botol bagi minum. Hehe..

Bottle and Teats - To feed your baby your expressed breastmilk. Kalau malas nak basuh kena ada banyak sikit ya. Boleh rendam dulu sementara nak basuh. Jangan tinggal susu dalam tu, terus buang lebihan susu dan rendam. Kang ada fungus pulak. Jangan lupa cari yang BPA-free.

A steriliser - will thoroughly clean your baby's bottles and kill bacteria daily. Ada pelbagai jenis; electric or masukkan dalam microwave. Kalau nak steril botol yang sudah dicuci dalam periuk yang berisi air mendidih pun boleh. Janji mati kuman. Botol2 yang sudah steril kena simpan elok2 kalau tak guna. Bakteria boleh membiak balik selepas 24jam. Jadi kalau tak guna dalam masa sehari, steril balik bila nak guna.

Just my 2 cent

0 comments: