Fahami konsep antioksidan

11:47 AM ida ahmad 0 Comments

Antioksidan adalah komponen dlm nutrien yg berfungsi melindungi nutrien dr diserang radikal bebas. Ia boleh didapati dalam vitamin A, vitamin C, vitamin E dan dalam mineral jgk.

Nutrien yg kaya dgn antioksida byk didapati dlm tumbuhan tanaman seperti sayuran dan buah. Untuk fahami fungsinya, ambil epal sebagai contoh.

Antioksida dlm epal telah membuatkan ia segar. Selepas dipotong dan terdedah, kehadiran oksigen membuatkan ia bertukar ke warna perang selepas seketika.

Perubahan warna ini adalah tanda berlakunya oksidatif. Satu proses dimana kehadiran oksigen menghasilkan rangkaian tindakbalas lalu membebaskan radikal bebas dlm sel epal. Ini telah menurunkan kualitinya.

Dalam badan kita pula, penghasilan radikal bebas akan merosakkan sel badan seperti sel jantung,mata dan kulit contohnya. Apabila sel rosak, ia mungkin membawa kepada penyakit serius lain seperti kanser,jantung,kencing manis dan sakit buah pinggang.

Jadi amat penting kita pastikan nutrien yg kita ambil, ada komponen antioksida supaya sel badan kita terpelihara. Radikal bebas boleh terjadi dari proses metabolisme tubuh atau faktor luar seperti asap rokok,alkohol,sinaran ultra ungu dan bahan kimia dr makanan yg diproses.

Buah dan sayur yg tinggi antioksida adalah seperti strawberi,epal,plum,brokoli dan bayam. Jom beringat sebelum terkena ;)

- Posted using BlogPress

0 comments: