Kisah rumah baru

9:20 AM ida ahmad 6 Comments

Last 2 weeks, kami bermusafir ke Shah Alam demi sebuah rumah. Kononnya nak ambil kunci. Namun, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Tengok bumbung rumah ja lah.


EH, jangan salah faham. Rumah kami siap, alhamdulillah. Masalahnya cuma sebelum dapat buat temujanji ambil kunci dan check kerosakan, semua payment perlu dijelaskan. Pembayaran dari 2 pihak, pembeli dan peminjam. Di pihak pembeli adalah kami dan peminjam adalah company husband saya yang diuruskan oleh pihak bank.

Sebarang kelewatan yg dibuat oleh pihak peminjam, dendanya(faedah la ni) perlu dijelaskan oleh pihak pembeli. Siutkan. Jadi, demi tidak menambahkan lagi duit yang terbuang, kami terpaksa mengeluarkan duit untuk menjelaskan denda tersebut tanpa banyak soal. Walaupun dihati panas membara kerana bukan kecil nilainya dan kami memang antara golongan yang tak pernah ada duit selambak banyak begitu.

Jadi, kami pergi bermusafir dengan fikiran yang payment dari pihak bank akan sampai dengan kadar segera kerana sebelum bertolak lagi pihak bank sudah mengepos cheque baki pinjaman. Namun, pihak bank yang entah kenapa membuat sebahagian pembayaran melalui cheque sekali lagi gagal. Gagal kerana cheque nya tidak jugak sampai walaupun seminggu kami berada di Shah Alam. Salah courier company itukah?

Namun yang menjadi mangsa adalah kami. Hanya pada hari terakhir kami berada di Shah Alam, penyesaian dapat dibuat antara pihak bank dan pemaju yg menggunakan fax dr bank sebagai acknowlegment, di mana chequenya masih belum tiba. Gila kemut courier company tu. Temujanji seterusnya adalah minggu hadapan kerana masa itu sahaja suami saya baru available. Semoga semuanya berjalan lancar kali ini.

Beberapa hari semasa berada di Shah Alam, kami telah berkampung di DEMC kerana Nazhan demam. Tambah xbest kami telah kehilangan gajet tersayang semasa di sana dan minor car accident selepas discharge. But think at the bright side, kami semua selamat.


Gaya orang sakit main dengan tangan berbalut @ playroom DEMC


Adik dan abah pun tidak ketinggalan join sama


Adik pun turut terjangkit demam tapi maintain ceria dan sembuh cepat

6 comments:

Aida Ikmal said...

wahhh canteknya rumah kak ida.. shah alam kat mana ek?

This comment has been removed by a blog administrator.
ida khairani said...

Rumah di Bandar Bukit Raja. Not exactly Shah Alam, just pass it. RUmah abang k ida yg di SHah Alam, stay there for a while. Banyak lagi rumah nak bina area tu, semua lawa2. RUmah k ida ni kira yg plg cikai la but just nice for us and meet what we a looking for.

This comment has been removed by the author.

nak tanya,
rumah kt bandar bukit raja nie under developer ape yer?
jauh tak dari shah alam, actually saye keje kt shah alam sek 13, nak cri rumah tuk beli la,1st property?

ida khairani said...

Dekat ja dkt seksyen 13 nak dibandingkan dgn dgn suami saya yg keja KLCC. Taman ni lepas skt dr JJ bukit raja. Banyak lagi rumah baru dok bina. Developer sime darby. Boleh p website sime darby tgk.