Resepi untuk bayi 6 bulan ke atas

4:56 PM ida ahmad 1 Comments

Mari salin resepi sebelum hilang lagi. Haha..

Untuk minggu pertama atau kedua, mulakan dengan bubur nasi dengan dicampur susu ibu supaya bayi familiar with the smell. Buatkannya lembik supaya mudah ditelan.

Lepas 2-3 minggu berikutnya, bubur nasi boleh ditambah dengan sayuran atau buah-buahan kerana kurang mengundang alergi berbanding daging. Daging mungkin boleh dimulakan after 8 months.

Mari tengok resepi yang saya jumpa ni.

Bubur Lobak Merah & Kobis Bunga

Bahan-bahan:
25g lobak merah, 25g kobis bunga, 150ml air, 50ml susu, 20g bubur nasi

Untuk:
2x makan

Cara:
1.Rebus lobak merah dan kobis bunga dalam periuk hingga empuk dan kemudian lenyekkan.
2.Kemudian, gaulkan sayuran lenyek tadi dengan air suam serta susu.
3.Boleh dimakan bersama bubur nasi seperti lauk atau digaul terus dengan bubur nasi.

Khasiat:
Lobak merah merupakan sumber yang baik untuk serat makanan dan beta karotena.
Beta karaotena merupakan prekursor vitamin A, sangat penting untuk daya penglihatan yang baik.

1 comments:

芸茂芸茂 said...
This comment has been removed by a blog administrator.