Resepi untuk bayi 6 bulan ke atas lagi

10:45 AM ida ahmad 0 Comments

Ni resepi untuk stage 2. Stage 2 ni kisahnya nak perkenalkan rasa baru. Antara yang boleh diberikan kepada bayi adalah buah buahan dan sayur sayuran seperti epal, pir, pisang, kentang dan lobak merah. Semua kena lenyek dulu untuk jadikan puri. Stage 2 ni lebih kurang pada usia bayi 6 bulan setengah gitu, more or less.

Bubur Nasi & Jagung

Bahan-bahan:
150 ml air
10g jagung dicincang halus
bubur nasi yg dikisah halus tanpa garam


Hidangan:
2x makan

Cara-cara:
1. Panaskan air sehingga sederhana panas dalam periuk.
2.Masukkan jagung yang dicincang halus dan kacau sehingga masak/lembut.
3.Gaulkan dengan bubur nasi sekejap.
4. Terus hidangkan.

Info:
Jagung adalah sumber serat yg baik. Pengambilan serat yg mencukupi akan membantu elak sembelit.

Tahu tak pasal bakteria baik bifidobakteria? Kenapa dia baik? Sebab dia pelihara sistem penghadaman. Jadinya nutrien seperti zat besi, zink, vitamin A & C dapatlah diseram secara optimum. Tu la banyak makanan baby or susu ni diformulakan bersama bifidobakteria ni.

0 comments: