Kenapa saya ambil?

9:18 PM ida ahmad 0 Comments

Sebagai ibu dan isteri juga anak kepada mak sendiri, saya memang perlu sentiasa sihat. Kalau dulu bila selsema, relax aja, biar baik sendiri. Ke klinik, teramat la jarang. Namun, bila dah ada tanggungjawab yg besar ni, kesihatan amat penting bagi saya. Bila rasa tak sedap badan ja, saya sangat risau. Saya akan pikir apa yg saya makan dan apa yang menyebabkan saya sakit. Saya akan cepat2 cari ubat untuk sembuh.

Alhamdulillah saya memang jarang sakit tp husband saya kata, kami ni walaupun jarang sakit sekali sakit teruk. Cuba bayangkan kalau saya jatuh sakit, sapa nak jaga anak2 saya? Husband dah la away.. So far sejak berjauhan ni, alhamdulillah. Saya dikurniakan kesihatan yg amat bagus. Ada batuk dan selsema last week tp badan masih segar untuk menjaga anak2 saya. Begitu juga anak2 saya. Dua-dua jenis jarang sakit.

Demi keluargalah, saya mula mengamalkan pengambilan vitamin. Saya nak sentiasa sihat dan bertenaga untuk mereka. Saya perlu sentiasa cergas untuk ligat Nazhan makan, main polis entry, coach bola dia dan untuk dukung Iris yg montel. Sebenarnya saya tak suka dukung anak ni tapi dah rumah mak saya 2 tingkat dan bilik banyak, terpaksalah jugak. Dulu di Miri, kami banyak lepak hall ja. Malam nak tidur, baru naik. Tu pun ada husband untuk mendukung budak-budak ni.

Sapa kata kerja ibu di rumah senang atau relax ja? Bagi saya 24 hours tak cukup untuk
saya manfaatkan sepenuhnya. Untuk bahagikan masa untuk Iris, Nazhan, mak saya dan diri sendiri. Husband dah lepas tangan since dia berjauhan dari kami. Supaya saya tidak membazirkan masa yg saya kata tak cukup tu untuk berehat, sebab tu la saya amalkan supplement ini.

Ikutkan poket saya lagi la kempis berbanding org yg dpt gaji tiap2 bulan. Lagi satu, saya ni kurang berdisplin part2 makan vitamin ni. Hehe. Tambah2 time dah nampak perubahan and sihat walafiatkan. But, demi anak2 dan supaya suami tak cari lain. Haha..kena mulakan dari awal.



0 comments: