D.I.Y Playdough

11:24 PM ida ahmad 2 Comments


Nak playdoh murah dan selamat? Cubalah buat sendiri di rumah. Senang sangat. Sukatan di bawah sekadar panduan asas. Boleh diubah ubah kalau rasa kurang sini sana. Semua bahan2 adalah merupakan bahan makanan. Jadi tak perlu takut kalau anak2 nak rasa pizza yg dia buat sendiri.


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air suam
1/2 garam
3 sudu makan minyak masak
5 titik pewarna makanan

Cara-cara:
1.Gaul tepung dgn air, then campur garam, gaul lagi, then campur minyak masak.
2.Uli sampai jadi doh
3.Titiskan pewarna makanan di tengah dan uli lagi sampai warna tersebar rata.