Pack and Repack

11:32 PM ida ahmad 0 Comments

Barang2 dr Miri dah sampai last week. Kiranya delivery time within 2 weeks. Penuh jgk la satu bilik tetamu rumah mak aku book. Sampai tak nampak jalan ke toilet and melangit ke siling. Dah la berselerak, pintu bilik pun tak dapat tutup.

So, hari ni kami pun punggah balik barang2 tu. Sebenarnya banyak kotak yg aku tak sure isi kandungannya. Banyak yang shipping punya orang main letak aja dlm kotak, asal penuh, then tape. Alih2 letak nama, kichenware and children item ja berlambak. Alang2 lama lagi aku kat rumah ni, aku nak repack balik. Bukan nak guna pun barang2 tu, cuma sekadar nak tau isi kandungan kotak. Rimas perut tau kalau tak tau apa isinya.

Baju2 ada berbeg-beg lagi tak bukak tambah 2 kotak. Walhal almari bilik aku dah sarat. Tu kira aku tak kerja and teramat jarang beli baju. Memang baju lama2 ja banyak. Aku kan tak membesar sangat. Huahuahua. Baju zaman sekolah pun muat lagi. Tu before aku mengandungkan Iris la. Sekarang ni lain cerita. Banyak jugak la baju yang aku sudi sedekahkan.

Kat sapa ek aku nak bagi? Aku tak tau la rumah anak yatim kat Seberang Perai ni. Opsi, anak aku dah mengantuk. Nazhan ni walaupun dia geng dengan pak dia lebey, tapi time tidoq suka ketiak aku lagi. Heheheh..Nite2x.

0 comments: