Makan @ Puncak Mutiara Cafe

11:11 PM ida ahmad 0 Comments

Hari ni kami 3 beranak lunch dengan tokwan and tuk di luar, di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Penanti. Tokwan nanti nak p Syria. Nak belajar agama. Minta2 berkat la niat suci Tokwan dan berhasil la usahanya. Amin..

Sambung balik pasal makan tadi. Konsep cafe, bersantai ala kampung. Bukan ala kampung la, memang restoran tu dalam kampung. Kalau dari Sekolah Menengah Penanti, belok kanan di simpang 3 before masuk pekan tu. Nanti kena masuk kiri pulak ke kampung tu. Tak sure la ada sign board ka tak, sebab tadi dok seat belakang. Bila dah masuk dalam kampung tu, restoran dia sebelah dengan kebun sayur and ladang ternak binatang jgk.

Kaya la owner dia. Rasanya kebun yang besar sebelah tu pun memang dia punya, Mutiara Kristal Corporation. Ada mutiara jgk tu kan. Makanan best. Harga pun berpatutan. Nasi daging merah dalam rm6.50. Tokwan and tuk makan set beriyani kambing dengan dalca dan air asam tp xcheck harga.

Makanan tak sampai lagi, air dah tinggal suku

Iris tidur masa nak dekat sampai. Gumbira hati ibu. Boleh makan dengan aman nanti. Namun makanan sampai lambat, Iris dah jaga masa ibu tengah menyantap. Dalam keta dia tak minum pun sebab sibuk meninjau permandangan yang indah. Hehe tapi ibu tetap teruskan makan sebab Iris sungguh memahami sekadar memandang muka ibu makan sambil terkejar kejar menyuap abang Nazhan makan. Nazhan happy sangat. Boleh bebas. Orang pun tak ramai masa kami sampai. Ok lah, dah lewat ni. Kesian my boy. Nite2x.


Yang atas sekali tu paling yummy tapi tak sampai hati nak makan

0 comments: