Kakiku terpeleot

10:50 PM ida ahmad 0 Comments

Hari ni, aku keluar beli lipstik. Cewah, lipstik dah melted out. Mak saya kata "Lipstik murah macam tu la" Siutkan mak saya. Selamat hari ibu, mak. Hehe.. Boleh kata semua lipstik saya bila dah nak habis dan berada di kawasan panas, ia akan melembik. Nak tau semua lipstik macam tu ka tak, kena la beli lipstik mahal sekali. Hehe..

Bila dah sampai rumah, siap lunch semua, saya pun happy ja keluarkan lipstik dari beg Watson. Tiba2 tengah melangkah dr dining hall ke dapur, kakiku terpeleot. AARRGGHHHHH!!!!! Menjerit lama gila sebab sakit sangat. Tak berani nak gerak tp hati dok doa, jangan la terseliuh ka apa. Naya la kalau macam tu. Jeritanku berjaya jugak memanggil orang2 yg ada kat living room tu. Hehe..

Lepas dah hilang sakit yg teramat sangat tu, aku pun soh my husband yg tgh MC untuk angkat aku ke depan. Haha, in my dream la. Dia angkat sampai meja makan ja. Badan pun dah tak slim, nak org angkat. Boleh tambah MC husband aku, patah pinggang pulak lepas ni.

Anyway, alhamdulillah lepas berehat, boleh la memijak lantai. Cuma bahagian atasnya, kalau pegang tu sakit la. Taknak la p mengurut, sakit oo kena urut. Minta2 la baik sendiri ja, jgn makin parah dah.

0 comments: