Demam

9:00 PM ida ahmad 0 Comments

Nazhan demam hari ni. Semalam abah dah rasa badan dia panas. Pukul 4 pagi dia terjaga, so kami lap badan sikit2 ja sebab Nazhan mmg tak suka di sponge. Bila pagi, abah pun p keja lewat sebab nak bawak p klinik dulu. Baru breakfast ja, dia dah muntah 3x. Risau ibu.

Di klinik, doktor bagi ubat demam cecair, sumbat punggung and ubat muntah juga sumbat punggung, since Nazhan asyik muntah ja. Pesan doktor, minum 100 plus campur air, nisbah 1:1. Esok baru start makan.

Namun, bila lunch time, Nazhan nk makan. Selalu susah gila nk makan, time xboleh makan ni, nk makan la plk. Since Nazhan taknak minum air campuran 100 plus even yg xikut nisbah doktor, abah suapkan nasi
kosong dgn kuah sayur. Kalau muntah pun tak la sakit sangat.

Lepas makan baru Nazhan tertidur. Ibu boh ubat punggung and lap badan dia. Alhamdulillah, suhu turun. Petang xnak mandi plk tp dah tak kisah badan dilap-lap. Oklah, kita lap2 badan dan tukar baju tidur.

Bila abah balik kerja petang, Nazhan dah ceria sedikit. Sekarang, tgh layan movie. Gaya macam nk tidur awal tp bukan boleh kira anak teruna ibu ni. Abah dia yg nak tidur dulu gayanya ni.

Mudah mudahan, ya Allah Nazhan cepat sembuh dan ceria kembali. Hopefully tak berjangkit dengan org lain dlm rumah ni. Amin..

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments: