Beach and three of us

3:26 PM ida ahmad 0 Comments

Three of us

Really soon, insyaAllah kita dah nak berempat, jika semuanya ditakdirkan selamat. Namun, sejak pemergian kawan ibu, ibu risau kalau terpaksa meninggalkan kalian semua. Jadi, ibu pun nak membanyakkan koleksi gambar ibu bersama kalian kerana taknak la dilupakan terus.


Three of ours..or 4


Walau apapun yang bakal terjadi, ibu nak Nazhan, abah and adik tahu, ibu amat sayangkan kalian. Ibu tak sesempurna ibu and isteri orang lain tapi ibu sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik.


Main air.. he's so love it..

Percaya atau tidak, even ibu ni berada di rumah sentiasa, Nazhan lebih manja dengan abah. Mungkin sebab dah boring tengok muka ibu or cara ibu didik Nazhan. Ibu jarang nak ikut kepala Nazhan dan selalu biar cuba sendiri dulu dengan niat supaya Nazhan lebih berdikari. Akibatnya Nazhan jarang nak main dengan ibu. Tapi bila abah balik keja aja, terus jadi manja dan suka merengek. Ibu minta abah layan ja la Nazhan sementara berstatus anak tunggal ni.


I love u so much, Nazhan. Muahh. Love u too ibu. But, abah even more!!!

Ibu nak rasa kehangatan sayang Nazhan time tidur ja la. Bila tidur, Nazhan baru nak rapat2 dengan ibu. Nak peluk tangan ibu. Mungkin sebagai pelepas rindu tak dapat nenen. Jadi ibu rasa, kalau ibu tak ada pun, Nazhan mungkin tak rasa sangat janji dapat main dengan abah puas2 dan bila penat tertidur sendiri. Perut kenyang and hati pun senang.


Freedom..i love freedom

However, ibu harap dapat bersama Nazhan, abah and adik lagi lama. Ibu juga harap, ibu dapat sihat cepat lepas beranak nanti. So ada tenaga and cergas untuk bermain dengan Nazhan and adik.

Peace gaya Nazhan

Hmm..bila adik nak keluar ni?

Pose tak hingat

0 comments: