My 1st Langsir

4:20 PM ida ahmad 0 Comments

Lepas balik raya aritu, terasa bahang sangat lepak di rumah pada waktu petang. Plan asal untuk beli air cond lambat lagi. Mungkin bulan 12 sebab keperluan di waktu masa pantang nanti. Masa pantang last time, mmg terasa panas gila. Jiran2 kat sini pun, banyak dah pakat beli aircond disebabkan penangan global warming.

Jadi, selepas survey kami pun akhirnya membeli sebuah aircond untuk diletakkan di ruang tamu. Oleh kerana ruang tamu, dining hall and dapur memang tak ada pintu, terpaksa la pulak buat divider untuk pisahkan dining hall and ruang tamu.

Jadi, terhasillah langsir cukup2 makan ni hasil kerja tanganku. Senang aja buatnya. Dah lama sebenarnya nak buat langsir, tapi sebab malas dan semua tingkap dah berlangsir hasil sumbangan stok lama ibuku, jadi tak terbuat-buat.

Ini memang langsir sekadar menutup ruang aja. Tak ada nak kedut2 or wut so ever demi menjimatkan kos dan masa.

Nak tau tak kos buat langsir ni. Lebih kurang macam nilah.

Kain = rm10.90/meter x 5meter
Kepala langsir yg siap ada lubang2 untuk dijahit dibahagian atas langsir = rm8/meter x 3meter
Langsir dibahagian kaki(ditambah akibat xcukup labuh :D) = rm3.50/meter x 1 meter
Rail jenis bulat = rm8/kaki x 9 kaki

Jumlah kesemuanya = rm154.

Saya ke kedai kain 1st time tu tanpa mengukur ketinggian dinding, tau lebar lantai aja, tu yang main agak2 sendiri aja. Alih2, langsir tak cecah lantai. Hehe. Installation rail pun buat sendiri aja, sebab tu tak ada kos pemasangan. Saya soh org aircond drail kan lubang rail tu. Hasilnya..


0 comments: