Ikan Sweet Sour

5:34 PM ida ahmad 0 Comments


Bahan-bahan:

Ikan
Serbuk kunyit
1/2 atau 1 biji bawang besar-hiris sikit, potong kiub sikit
2 ulas bawang putih-hiris halus
1 inci halia -hiris halus
2 biji cabai merah
2 inci carrot- dipotong panjang2
1 biji tomato- belah 4
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Garam
Gula
Air
Sikit daun sup & daun bawang

Cara-cara:

1. Ikan dilumur serbuk kunyit dan garam dan digoreng separuh masak or garing, ikut suka.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cabai(1) dan halia yang dihiris halus.
3. Masukkan carrot dan bancuhan 3 sos, gula dan air.
4. Bila dah pecah minyak atau mendidih, masukkan ikan, bawang yg dipotong kiub dan cabai yg dipotong memanjang.
5. Tambah garam secukup rasa dan tomato. Sudah siap dan boleh ditabur daun sup dan daun bawang yg dipotong halus.

Sedap tau. Selalu kalau saya nak buat ikan 3 rasa, untuk goreng ikan tukarkan serbuk kunyit dengan tepung jagung. Jadilah, ikan 3 rasa yg ala kadar.



Ini gambar hiasan. Kalau nak masak tu, memang kena entertain si kecik ni sekali. So, saya sangat suka masak menu yg boleh tinggal2 dan campak2. Selamat mencuba!

0 comments: