Bed Sheet Set for new baby

11:33 AM ida ahmad 0 Comments

Boy or girl? I already made it with peach color fabric and flower on it. Hoping that she gonna be a girl.

Adik, abang rasmi dulu ya.

0 comments:

Ikan Sweet Sour

5:34 PM ida ahmad 0 Comments


Bahan-bahan:

Ikan
Serbuk kunyit
1/2 atau 1 biji bawang besar-hiris sikit, potong kiub sikit
2 ulas bawang putih-hiris halus
1 inci halia -hiris halus
2 biji cabai merah
2 inci carrot- dipotong panjang2
1 biji tomato- belah 4
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Garam
Gula
Air
Sikit daun sup & daun bawang

Cara-cara:

1. Ikan dilumur serbuk kunyit dan garam dan digoreng separuh masak or garing, ikut suka.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cabai(1) dan halia yang dihiris halus.
3. Masukkan carrot dan bancuhan 3 sos, gula dan air.
4. Bila dah pecah minyak atau mendidih, masukkan ikan, bawang yg dipotong kiub dan cabai yg dipotong memanjang.
5. Tambah garam secukup rasa dan tomato. Sudah siap dan boleh ditabur daun sup dan daun bawang yg dipotong halus.

Sedap tau. Selalu kalau saya nak buat ikan 3 rasa, untuk goreng ikan tukarkan serbuk kunyit dengan tepung jagung. Jadilah, ikan 3 rasa yg ala kadar.



Ini gambar hiasan. Kalau nak masak tu, memang kena entertain si kecik ni sekali. So, saya sangat suka masak menu yg boleh tinggal2 dan campak2. Selamat mencuba!

0 comments:

My 1st Langsir

4:20 PM ida ahmad 0 Comments

Lepas balik raya aritu, terasa bahang sangat lepak di rumah pada waktu petang. Plan asal untuk beli air cond lambat lagi. Mungkin bulan 12 sebab keperluan di waktu masa pantang nanti. Masa pantang last time, mmg terasa panas gila. Jiran2 kat sini pun, banyak dah pakat beli aircond disebabkan penangan global warming.

Jadi, selepas survey kami pun akhirnya membeli sebuah aircond untuk diletakkan di ruang tamu. Oleh kerana ruang tamu, dining hall and dapur memang tak ada pintu, terpaksa la pulak buat divider untuk pisahkan dining hall and ruang tamu.

Jadi, terhasillah langsir cukup2 makan ni hasil kerja tanganku. Senang aja buatnya. Dah lama sebenarnya nak buat langsir, tapi sebab malas dan semua tingkap dah berlangsir hasil sumbangan stok lama ibuku, jadi tak terbuat-buat.

Ini memang langsir sekadar menutup ruang aja. Tak ada nak kedut2 or wut so ever demi menjimatkan kos dan masa.

Nak tau tak kos buat langsir ni. Lebih kurang macam nilah.

Kain = rm10.90/meter x 5meter
Kepala langsir yg siap ada lubang2 untuk dijahit dibahagian atas langsir = rm8/meter x 3meter
Langsir dibahagian kaki(ditambah akibat xcukup labuh :D) = rm3.50/meter x 1 meter
Rail jenis bulat = rm8/kaki x 9 kaki

Jumlah kesemuanya = rm154.

Saya ke kedai kain 1st time tu tanpa mengukur ketinggian dinding, tau lebar lantai aja, tu yang main agak2 sendiri aja. Alih2, langsir tak cecah lantai. Hehe. Installation rail pun buat sendiri aja, sebab tu tak ada kos pemasangan. Saya soh org aircond drail kan lubang rail tu. Hasilnya..


0 comments:

Rendang Ayam

3:24 PM ida ahmad 0 Comments


Resepi ni disalin dari SajiOnline. Gambar original sendiri punya.

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ayam (potong 12)
2 kg santan
60 gm cili padi (kisar)
40 gm kunyit hidup (kisar)
100 gm halia (kisar)
2 batang serai (titik)
100 gm kerisik
3 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit (hiris halus)
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebuskan ayam bersama bahan kisar dan serai sehingga separuh empuk.
2.Kemudian masukkan kerisik, asam keping, santan dan daun kunyit.
3.Apabila kuahnya kelihatan pekat masukkan pula garam secukup rasa.
4.Kacau lagi sekali-sekala sehingga kuahnya kering.

Apa yg saya ubah dr resepi ni adalah tak guna 2 ekor ayam kampung dan cili padi. Guna cabai biasa saja 2-3 biji. Masak untuk 3 beranak aja. So memang, sukatan sesuka hati aja. Kuah banyak sebab kami memang suka kuah banyak. Yang atas tu sukatan dr website SajiOnline tanpa diubah. Yang sempoinya resepi ni, bawang pun xpayah ada dan step2nya pun mudah. Thumbs up lah!

0 comments:

Penang Char Koey Teow

3:24 PM ida ahmad 0 Comments


Famous Char Koey Teow @ Permatang Pauh. Kalau balik Penang, memang sudah kewajibanku untuk pekena char koey teow disini. Yummylicious!!! Balik raya sempat makan 2x. Sekali makan, tak puas sebab tensen tunggu lama sangat. Sempat pekena untuk 2nd time, lega rasanya.



Ini plk gambar baby raya. Anak saudara pertamaku dr sebelah hubby. Sepupu pertama Nazhan. Namanya Zulaikha.


Selamat tinggal Syawal. Semoga kita bertemu lagi di thn hadapan.

0 comments: