Terawih part 2

9:11 AM ida ahmad 0 Comments

Lama tak update. Hehe..Recap aja la benda lepas2x. Pasal terawih tu, mmg kami kena gilir2 solot sebab Nazhan sangat excited bila di masjid or keluar ke mana2x. Dunia baginya sungguh luas dan indah.





Last week masa kami berbuka di hotel, solat terawih aja di masjid berdekatan hotel. 1st time kt masjid baru, ibu jaga. Ok la kami manage tu solat serentak tanpa bergilir-gilir. Cuma ada baby girl sorang tu belum rety nak berkawan tp Nazhan sibuk la nak berkawan. Alih2, asyik kena tolak aja Nazhan ngan budak tu tp budak tu la yg nangis. Dia self defence. Nazhan tak la nangis bila kena tolak tu. Tapi bila ibu p amik dia, cakap jangan kacau adik tu, mula la nak nangis. Ingat kena marah. Nazhan ni memang takleh no-no langsung. Selalunya kalau kena tegur di rumah, dia akan bergolek2 atas lantai, hentak2 tangan, tunjuk protes.

2nd time kat masjid yg sama, Nazhan injured plk. Ibu tak jaga time tu sebab dah lambat so abah yg dukung Nazhan dr kereta sementara ibu dah terkejar kejar dulu. Masa abah tgh solat, tiba2 Nazhan nangis. Pujuk pun tak jalan, sampai kena keluar masjid. Dok kejap kt luar, baru timbul benjol kat dahi. Terlanggar dinding ke macam mana taktau la. Tak sempat nak terawih habis, kami balik dulu. Kat rumah, ibu perasan siap ada darah lagi kat tangan. Ooohh, kalau ibu kat tempat abah time tu, mesti dah sebak tgk anak dalam kesakitan. Masa on da way balik rumah, Nazhan dah diam.

Mujur semua selamat. Nazhan pun tak muntah or berubah. Still ceria macam biasa. Kami pun still p akan terus ke masjid.

0 comments: