Baju Melayu Nazhan

10:25 AM ida ahmad 0 Comments

Percayalah mata anda? Aku ida khairani yg buta seni ini berjaya menjahit baju raya untuk anak terunanya. Dengan seribu satu kecacatan pada baju ini, minta2 Nazhan tidak segan silu memakainya. Pakailah Nazhan dengan bangga kerana ibu buat dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. :D


Tanpa perkakasan yang lengkap, memang sangat menguji kesabaran di peringkat awal.

Ibu mengambil masa seminggu untuk jahit baju raya paling unik ni. Memang tak ada di mana2 pasaran; pasar malam, pasar ramadhan atau pasar raya. Belajar kat internet aja dan serba sedikit pandai2 sendiri (tu yg part merosakkan baju tu). Baju ni tak ada poket lagi sebab tak jumpa tutorial ajar buat poket baju melayu :((. Nak ikut pandai2 sendiri boleh tapi takut tambah jahanam plk baju yg sudah comei ini.


Jadi disini ibu nak berterima kasih kepada para blogger yg blognya menjadi rujukan ibu. Mula2, to che yam kerana dia yg berjaya buat baju kurung anak dia. Dia jugak yg bagi link maya ni. Tutorial Maya tu ajar cara nak potong baju piece-by-piece dan cantum. Ibu dah ada contoh baju melayu Nazhan tahun lepas so ukurannya ibu alter dan besarkan sedikit(pada awalnya - tidak pada final outputnya). Disebabkan kesilapan masa memotong bahagian pesak, baju tu tak labuh pun dari baju melayu Nazhan thn lepas. LOL. Rasa macam pendek sikit lagi adalah.

Ibu mula menjahit tanpa menjahit tepi terlebih dahulu kepingan kepingan kain itu sebab kesuntukan masa :D. Part leher tu terkontang kanting la ibu. Abah plk dok tanya, dah sampai mana? dah jahit pesak dah. Siut sungguh..padahal org baru 2nd step. Stop lama nk pikir macam mana nk buat leher ni. Guna imiginasi aja. Tak jadi pun macam tutorial tu.

Last2, ibu tinggal sekejap part leher and sambung bahagian2 lain. Bila dah siap semua baru la sambung buat leher. Buat leher ibu guna tutorial dari Ummu Ati dan Solehah . Baru la paham. Walau bagaimanapun last2 kena pandai2 jgk. Sebab bila dia siap, rupa tak sama macam ibu yg nampak tak siap lagi. Bahan tak cukupkan, tak ada kain gam. So kena alter lagi. Last2, memang leher baju Nazhan nampak pelik tapi buat2 tak nampak dah la.

Untuk seluar plk, ibu pandai2 sendiri. Sukakan pandai2 sendiri padahal baru 1st time buat. Jadinya even ikut contoh depan mata pun ibu boleh tersalah potong. Memang la ibu ni buta seni. Seluar Nazhan terlebih comei dari seluar org lain. Kepingan dia kena join di tengah, bahagian kangkang, tapi kangkang seluar tu cantum terus..Huhu..sebab ibu potong 1- depan,1-belakang, bukan 1-kanan, 1-kiri.

Bahagian getah pinggang ibu tengok tutorial dr nannie. Wah sangat mudah. Inilah yg plg ibu suka sekali. Rupanya getah pingganglah yg plg senang ataupun sifunya yg pandai ajar. Hohyeah 2x. Dan akhirnya terhasillah, baju melayu 1st ever made by ibu and 2nd edition of baju raya for Nazhan. Alhamdulillah :)



Tara.. Janji ada rupa baju dan seluar juga muat dipakai

0 comments: