Terawih

5:12 PM ida ahmad 0 Comments

Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk berterawih di masjid sejak malam pertama lagi. Nazhan memberi kerjasama yang baik. Semoga seluruh umat Islam dilindungi dari H1N1 dan segala penyakit supaya kita dapat meneruskan ibadah untuk menambah pahala di bulan yang mulia ini.

Suf perempuan memang penuh setiap malam.


Selepas 8 rakaat, tinggal 2 suf aja. Ibu la antara orang yg meninggalkan masjid awal tu


Cubaan untuk mengorek tabung masjid


Tak reti dok diam

Selepas sehari, Nazhan dah faham aktiviti ke masjid setiap malam. Dari rumah lagi dia dah excited. Sebaik menjejakkan kaki di masjid, dia akan ber-shuffle. Astaqfirullahalazim.. anak aku. Nazhan memang macam happy feet. When he happy, his feet also happy.

0 comments: