Nazhan buat hal

8:22 AM ida ahmad 0 Comments

Semalam abah hangin ja dengan Nazhan. Selepas 6 hari berterawih, Nazhan dah tak takut lagi dah berlari ke hulu ke hilir. Dah pandai dok jauh2 dengan abah. Lari depan org solat, kacau barang orang. Lastly, abah sempat solat 6 rakaat aja, then tunggu ibu habis. Baru sambung solat.

Malam ni, ibu nk try jaga Nazhan plk. Ibu sangat2 risau, sebab barang2 perempuan lagi la banyak untuk diusik-usik. Nak ikut2, perempuan lagi la cerewet compare dengan laki. Kalau dah tak terkawal, kami gilir2 ja terawih. Habis 8 rakaat, baru abah/ibu solat plk. Last option, solat kat rumah. Padan muka Nazhan dok terperuk aja kat rumah. Kesian abah & ibu yg jadi mangsa.

0 comments:

Terawih

5:12 PM ida ahmad 0 Comments

Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk berterawih di masjid sejak malam pertama lagi. Nazhan memberi kerjasama yang baik. Semoga seluruh umat Islam dilindungi dari H1N1 dan segala penyakit supaya kita dapat meneruskan ibadah untuk menambah pahala di bulan yang mulia ini.

Suf perempuan memang penuh setiap malam.


Selepas 8 rakaat, tinggal 2 suf aja. Ibu la antara orang yg meninggalkan masjid awal tu


Cubaan untuk mengorek tabung masjid


Tak reti dok diam

Selepas sehari, Nazhan dah faham aktiviti ke masjid setiap malam. Dari rumah lagi dia dah excited. Sebaik menjejakkan kaki di masjid, dia akan ber-shuffle. Astaqfirullahalazim.. anak aku. Nazhan memang macam happy feet. When he happy, his feet also happy.

0 comments:

18 weeks checkup

4:36 PM ida ahmad 0 Comments

Actually p checkup 20 Ogos tp doc kena deliver baby. So esoknya p lagi sekali. Tercungap-cungap ibu siap takut klinik tutup pkl 11, ari jumaat. Tunggu punya tunggu, pukul 12 lebih baru dpt masuk. Nazhan pun dah explore sana sini dah. Nak naik lif la. Last2 bila abah pura2 tidur, baru buat hal sendiri.



Tertunduk memikirkan masa depan bila ada adik nanti


Sambil timbang pun sempat termenung


Alhamdulillah baby sihat. Saiz semua ok. Doc supply colostrum, Alpha Lipid Lifeline. Katanya bagus utk tambah immune system. Byk penyakit sekarang ni. High risk plk utk ibu mengandung. Masa belek2, kaki baby rapat. so tak nampak la birdy. Ada kemungkinan jgk baby girl. Fuh, minta2 betul baby girl.




Nampaknya baby pun dah ready nak puasa dan berterawih bersama. Bagus2x. Semoga ibu dapat kekuatan untuk berpuasa penuh sambil menyusukan Nazhan, si abang yg masih tak mau melepaskan nenen tersayang.

0 comments:

Saya suka mee goreng

4:11 PM ida ahmad 0 Comments


Ini gambar b4 puasa. Tak dapat la saya break lunch mee goreng ni dah sepanjang bulan posa. Lepas raya la pulak. Kempunan la sebulan lebih ni.

Pada yang berpuasa, terliur tak, terliur tak? Sedap tau mee ni. Haha!! Selamat meneruskan puasa anda!

0 comments:

E for alphabet

4:19 PM ida ahmad 0 Comments

When he hear or see any alphabet he will say E.

When we start counting with him, he just say 'duaa'.

When he hear Al-Quran recite or see Al Quran phrases, he will make Mmmm sound.

Still a long way to go... :D


Boleh masuk spell-it-right tak mcm ni? He spell it right in his mind cuma yg keluar dr mulut serupa bunyi E aja.

0 comments:

Bulan ke-4 bersama adik

4:44 PM ida ahmad 0 Comments

Sekarang ni saya sudah sedikit cergas berbanding bulan2 lepas. Malangnya jerebu di Miri sangat teruk menyebabkan kami terperuk aja di rumah. Nak berjalan2 di shopping complex pun dah seminggu tak buat disebabkan ibu antara golongan yang berisiko tinggi untuk KO kalu kena H1N1. Last weekend, ibu selsema sikit, so p beli groceries pakai mask. Actually bukan pasal selsema nak pakai mask, sebenarnya takut terkena jangkitan H1N1 dari org lain yang sepatutnya kena kuarantin, tapi masih bebas keluar ke tempat awam. Kesan dari pemakaian mask tu adalah, kebanyakkan org berjalan berjauhan dr ibu. Best jgk. Hehe..senang nak lalu lalang and pilih barang.

Sebenarnya ibu nak cerita condition ibu sepanjang mengandung adik. Agak berbeza dr pregnant Nazhan dulu. Ibu sangat cepat penat, perut rasa sangat besar dan even 1st trimester dan kencing kerap. Batuk pun kadang2 nak terkencing so kena kepit aja. Kalau time Nazhan dulu, part nak terkencing ni, masa 3rd tri baru nak jadi.

Kalau dulu, dah masuk 4 bln ngandung, baru ibu start masak balik tp kali ni mmg tak rehat dr masak. Sebab ada Nazhan susah la kalau asyik makan luar (padahal Nazhan lagi suka makan luar sebab ibu masak tak sedap).

Ibu masih lagi menyusu Nazhan sehingga kini walaupun production drop gila tapi dah banyak topup dengan susu lain. Nipple rasa keras dan Nazhan sangat la lasak bila menyusu. Tension sungguh la kalau dia nak menyusu lama2 dan asyik nak tukar side aja. Sat sebelah sini, sat lagi sebelah lagi. Ibu yang kena reposition sikit sebanyak. Sangat la terganggu kalau dia jaga nak menyusu malam2. See how long i can keep continue.

Ibu kerap makan snack sebab mulut rasa tak best aja sentiasa. Mula2 suka makan dark coklat dan minum susu coklat. Ha ha..risau ibu..nanti dapat anak gelap mcm ibu or seumpama dengannya. Sekarang ni dah tak rasa nak benda2 coklat dah. Lagipun dia macam quick release to uncomfortable mouth tp then dah rasa tak best blk. Sekarang ni, dah better sikit. Kadang2 aja rasa tak best mulut.

Lagi masa 1st tri, mmg rasa dahaga sangat2. Then kencing. Then minum lagi byk2x. Cepat gila dahaga. Aduh..Air plk mcm tak transform jadi susu, terus aja masuk pundi kencing.

Ibu harap2x la pengalaman yg berbeza ni disebabkan adik adalah baby girl. :D.. Amin..



0 comments:

Udang masak lemak dengan daun selom

4:06 PM ida ahmad 0 Comments



Bahan-bahan:
300-500g udang sederhana besar ( untuk 2-4 org makan lepas)
1 batang serai
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
2 biji cabai merah
1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan santan / susu cair
5-6 batang daun selom
Garam secubit or secukup rasa

Cara-cara:
1. Blend serai, bawang, halia, cabai dan kunyit hidup(kalau tak guna serbuk)
2. Masuk dalam kuali. Boleh ditumis dengan or tanpa minyak.
3.Bila dah pecah minyak or agak2 hilang pedas or kering sikit - any istilah yg sesuai (memang tak pedas, budak pun boleh makan), masukkan santan dan serbuk kunyit( kalau tak guna kunyit hidup).
4. Boleh tambah air sikit lagi, kalau nak kuah banyak.
5. Bila mendidih, masukkan udang dan garam.
6. Sebelum tutup api, boleh masukkan ulam selom yg sudah dipotong kecil.



Sebenarnya saya memang tak pandai masak. Mungkin resepi masak lemak saya sedikit berbeza dengan orang lain. Tapi yang saya buat ni sedap la bagi saya & husband makan. Untuk org lain, tah la. Sebagai manusia, kita kenalah sentiasa open minded terutama terhadap benda2 yang baru. Yang kalau dibuat tak terjejas apa2 pun. Kebanyakkan orang tua2, suka sangat menegur kalau apa yg org muda buat tak serupa dengan apa yang depa dah buat. Harap2, org muda tak la berfikiran macam tu.

Disebabkan saya sentiasa berfikiran yang apa yang orang buat mesti ada alasan dia sendiri and tak kacau rumah tangga aku pun, jadi saya lebih banyak mendiamkan diri dan menjadi pemerhati sahaja. Saya risau kalau ditegur kecil hati plk. Lagipun saya hanya hadir dalam hidup seseorang tu, sekali sekala. Takkan waktu sesaat itupun nak dirosakkan dengan perasaan tak puas hati.

Untuk org yang mmg kita dah kenal bersifat terbuka, eloklah ditegur sahaja tapi kalau dah tau perangai dia yg susah nak terima teguran, macam mana. Betulkah tindakan saya yang hanya mendiamkan diri itu?

Haha.. boleh pulak sesi menu ditambah dengan sesi luahan perasaan. Hua hua hua..sungguh tak sesuai.. tapi blog sayakan..ikut suka la.

By the way, pada yg malas2 tu cuba la resepi ni. Sempoi aja sebenarnya. Semua main campak dan gaul aja. Tak perlu nak kacau lama2. Hahaha..ajaran sesat ni. ( Kalau ikut mak saya, santan tu kena kacau tak berenti, tapi saya memang tinggal aja. Lenguh la tangan nak kacau2 ni :)) )

0 comments:

Quick Gateaway

2:38 PM ida ahmad 0 Comments

Last weekend, we had a quick gateway at Pack City Everly, Miri. Ahahah.. Bukan bermakna kami dah terlebih duit dan taktau nak membazir di mana lagi. Ini disebabkan tekanan yg tidak tertahan lagi oleh ibu yang rasa terlampau lama terperuk di rumah. Ibu teringin sekali nak ikut abah p KL utk meeting nya. tapi meeting dia keep postponing dr minggu ke bulan dan sehingga kini tak kunjung tiba jua. Jadi, sebelum ibu explode dan tanpa berpikir panjang disaat poket agak kering, ibu mengajak abah tidur hotel. Dah menyampah sangat dah dok kt rumah sebenarnya. Dpt keluar berholiday sejenak pn jadiklah.

Kami check in di hotel lebih kurang pukul 3 pm walaupun hotel cuma sekangkang kera sahaja. Ini adalah untuk menyelesaikan kerja2 rumah seperti vacuum, mop dan jemur baju. Selepas lunch di mamak, tapi ibu order roti canai aja sebab dah terbayang2 dr rumah, baru la gerak ke hotel.

Petang, kami p mandi swimming pool. Standard la kan. Apa lagi nk buat. Nak p shopping2, dah kat tempat sendiri. Lepas puas bermandi-manda, ingat nk p play ground or kids' room, alih2, sudah tak wujud. Nak masuk gym plk, kena sport shoes. Tak dapek la.

I'm swimming, guys

Sejuk sejuk..grrrr


I'm not done

Selepas mandi tadi, kami pakaikan Nazhan baju n seluar tanpa dyper. Sampai bilik nak pakaikanlah dyper, rupanya dah kuyup seluar, terkencing. Huhu..sejuk sangat tadi. Angin pun kuat.

Lepas maghrib, kami turun makan buffet kt hotel. Nak makan kat luar hotel, mmg tempat sendirikan. Tak rasa la macam gateaway. Ahahaha.. Nazhan boleh la.. memberi kerjasama yg baik sewaktu ibu abahnya tgh mengamalkan 'value for money' sebaik mungkin.

Dinner time

Sejam lebih jugak la kot, Nazhan mampu bertahan selepas perut kecilnya penuh. Gayanya macam mengantuk tersangat sangat la. Kami pun faham la. Mungkin penat bermandi manda petang tadi. Akhirnya kami surrender dan naik ke bilik.

Sampai di bilik, Nazhan ceria dan cergas kembali. Memang pandai berlakon budak ini. Akhirnya dia tertidur mungkin around 10pm, ibu mungkin 11pm, abah tah la dok ngadap laptop dia macam tiada esok.

Ahad, kami lepak dibilik sahaja. Tiada morning breakfast di hotel kerana kami pilih very the chepest rate. Nazhan bangun seawal subuh. Huhu. Kami breakfast maggi. Ahahah, memang benda kurang khasiat tidak akan ditolak oleh Nazhan. Pukul 8-9am, ibu sambung tidur, diikuti oleh abah dan Nazhan. Ibu jaga pukul 10am untuk iron and kemas2 barang masuk beg. Pukul 11am, Nazhan plk terjaga, nangis2. Nak susu or terasa tensen bila dia tidur sorang2. Ibu pun amik dia dan terus bawak p mandi sama. Dalam bath tub, tak enjoy langsung muka. Monyok aja.

Bila semua dah settle and kami pun bergerak keluar dr bilik, abah cakap mungkin Nazhan nangis nak ajak p mandi swimming pool lagi kot. Hehehe..Tak dapek la sayang.

Itu aja la aktiviti yg relaxing yang ibu really need. Minggu ni p lagi boleh???..ahahah..only in my dream..

0 comments: