Anak Bertuahku

11:15 PM ida ahmad 0 Comments

Nazhan dah pandai buka tudung tuperware air and menyebabkan toto tempat lepak & guling2 kita basah. Baik punya ibu dok mengadap laptop, tiba2 terasa basah semacam aja. Dengan pantas ibu mengangkat anak bertuah itu, menolak mainan, laptop, remote control and hp ibu supaya tidak terjebak sama. Ibu ke dapur dan mengambil kain utk tujuan menyerap air tadi. Aiseyman, Nazhan berak la pulak. Boleh lepak aja tu xkasi sign kat ibu. Langkah seterusnya ibu pun mengendong superboy untuk dicuci bontotnya. Sesampainya kita ditempat kejadian tadi, ibu terpikir, air tumpahan tadi leh meresap ke carpet. Barulah ibu angkat toto itu dan dijemur disofa aja. Malas sungguh ibu nak keluar rumah. Mujur, carpet kita masih selamat untuk tujuan lepak dan guling2.

0 comments: