Tahun Melawat Miri

8:57 PM ida ahmad 1 Comments

Seminggu lepas kita balik dr Penang, Mak Tuk pulak menyusul ke mari. So ibu kena kerja keras for 1 week demi mengambil hati mertua. Ahahak. Kalu tak, masak main goreng2 aja tapi sebab adanya Mak Tuk kena kerja lebih sikit. Penat sangat Nazhan oi.

Dulu2 masa belum ada Nazhan ibu masak 2 menu aja, 1 lauk berkuah, 1 sayur. Kami x makan byk pun. Kalau terlebih sukatan, struggle ja nk habiskan. Lepas ada Nazhan, 1 lauk bergoreng, 1 sayur. Huhu. Abah tlg tapau 1 lauk berkuah, tu pun mcm tak laku ja sebab ada ikan masin goreng yg yummy.

Masa ada Mak Tuk, 3 jenis lauk yg ibu kena sediakan plus sambal. Tak la banyak pun tapi still penat sebab keja lain pun ada jgk. Dr subuh sampai lunch time non stop. Mujurlah bila abah cuti and kita bawak Mak Tuk jalan2, kita lunch di luar. So relieve since ibu sangat la suka jalan2.

1 destinasi 1 hari. Miri bukan besar manapun. Kalau bawak habis semua sehari, alamat esok lepak rumah ja la. Mula2 kita bawak Mak Tuk p Muzium Petroleum. Ibu sungguh malas nk baca segala penerangan berjela tentang minyak2 ni. Yg pendek2 tu ibu baca la. Harapkan abah nk terang, dia pun up sikit ja dr ibu. Huhu..jgn mare. Yg bestnya muzium ni, section yg ada eksperimen. Yang tu, ibu tak miss since orang pun tak ramai nk berebut2x. Refresh balik ilmu2 fizik sekolah menengah dulu. :D Sonok2x


Di Esplanade kami bawak Nazhan tgk laut and langit yg marvelous. Tenang n sangat nyaman. Nazhan pun nampak happy aja. Jarang2 sekali keluar rumah la katakan. Takpa, nanti bila Nazhan dah besar sikit n kuat, kita dtg picnic sini, ok dear.

Hari kita p Taman Awam, Nazhan tidur pada awalnya. Bila dah bangun, kasi test main air di public pool. Muka takdak perasaan aja. Lain kali kita mai lagi ya. Tapi biar ibu pastikan dulu, boleh tak penyakit berjangkit kt pool mcm ni. Kalu semua ok, baru boleh. Since Mak Tuk gayat, kita tak naik la jambatan gantung tu. So, ibu pun taktau Nazhan gayat ke tak orgnya. Hope not because nanti boleh temankan ibu main mainan di Sunway Lagoon or any theme park. Yihaaa...



1 comments:

intanjameel said...

Salam perkenalan Nazhan..
hehe baju kita sama la..umur kita pun lebih kurang sama.