Post Confinement

10:47 PM ida ahmad 2 Comments

Alhamdulillah, lepas Tuk & Tok Mah balik, ibu boleh jaga Nazhan. Sebabnya Nazhan budak baik, tak byk songeh, tak meragam(kalau dok rumah la). Ibu boleh tinggal Nazhan sorang2 and you explore the world by urself tapi 4 da few days, ibu bukan masak pun. Belum ada mood nk masak.But still ibu tak cukup masa nk blogging sebab tu la sebulan blog ibu tak update. Kita pun still dok lepak kt tingkat bawah, mcm dlm pantang lagi pulak.

Suatu ari, ibu demam. Mujur demam makin teruk bila dah ptg ja. Abah pun dah nak balik keja. So, abah yg jaga Nazhan lepas tu.Bila Nazhan nangis, abah dodoi tak jalan. Rupanya nak susu. Ibu dah tak larat, Nazhan plk nk nyusu kerap2. Lepas 2-3 round menyusu, kita
2-2 terlelap. Bangun dah rasa better sikit. Cuma badan still seram sejuk. So, tidur mlm tu dgn 2 selimut. Esoknya ibu dah kebah habis and dah boleh jaga Nazhan dgn kudrat yg ada.

Hari kita nak balik S.A, ibu sakit lagi. Kali ni sakit perut plk. Dugaan dugaan.. Sakit yg kronik gila. Keluar dr bawah and atas sekali. Nak angkat Nazhan pun ibu tak confident.. Selamat la opis abah dkt and abah tak bz, so dpt la abah balik kejap tolong ibu apa yg patut.

Luckily lepas lunch time perut ibu dah ok. Ibu risau tak sempat nk packing ja bcos petang tu kita dah nak balik S.A. Macam2 nk prepare. 1st time nk travel jauh with baby plk tu.


Pakcik Yakin,member abah hantar kita p airport. Baru dlm keta, Nazhan dah tak tahan sejuk aircond. Huhu...Selamat la Tuk ada pesan belikan baju sejuk utk naik flight. Sampai airport dah nk susu so ibu bg ebm yg ibu pump kt rumah b4 bertolak. Kuat menyusu sungguh anak teruna ibu ni. Ibu plan nk pump lagi before boarding utk bekalan atas flight tapi pump punya pump cuma dpt tak sampai 1 oz. Nazhan dah buat drame sebab lapar. So, kena la abah dukung. Stroller yg boleh check in awal, saja ja kita nk check in depan tangga kapal terbang.


Three of us flying

Susu yg sikit tu la buat santapan Nazhan waktu depart, sambil abah tutup telinga sebelah utk elak sakit telinga because of air pressure. Lepas padam ja lampu fasten seat belt, for da 1st time ibu menyusu Nazhan in public. Belum pernah praktis lagi ni. Ibu plan taknak menyusu depan org tapi sebab ebm dah licin, terpaksalah jgk. Kalau tak lapar la anak ibu ni. Mmg dasyat la sesi peng'cover'an yg dilakukan oleh abah n ibu. Jelas nampak tak professional.

Alhamdulillah, lepas tu Nazhan pun dpt tido dgn aman. Dah landing pun tak jaga2 sampai la dlm teksi, nk susu lagi. Hope driver teksi tu tak curi2 pandang belakang or pasang cctv di seat belakang.

Pengajaran yg ibu dpt dari semua ni:-
Prepare express breast milk utk bekalan waktu ibu sakit. So, boleh la ibu rehat lama sikit.
Kalau plan nk pump b4 fly, biar Nazhan minum susu sebelah aja b4 that.
Bawak selendang utk cover sesi penyusuan in public kalau baju kurang sesuai.

2 comments:

Rin said...

wahh berjalan ke mana tu ida?

ida said...

balik kampung..penang maaa,,o yeahh